Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » » Resepi nasi ayam mudah & sedap!

Resepi nasi ayam mudah & sedap!

Written By kerjamakan on Friday, November 3, 2017 | November 03, 2017

Resepi nasi ayam mudah & sedap

Resepi nasi ayam mudah & sedap! | Assalamualaikum & salam sejahtera. Siapa suka makan nasi ayam? Kami dekat sini pun suka makan nasi ayam sampaikan seminggu sekali, mesti nak kena nasi ayam! Sedapnya!! Hari ini kami nak kongsikan dengan korang, resepi nasi ayam mudah dan tentunya sedap! Jadinya, lepas daripada ini, bolehlah hari-hari makan nasi ayam kan? ok, jom tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat nasi ayam!

Mula-mula kita tengok bahan-bahan untuk buat sup ayam.

  • 1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris
  • 3 bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • Sup bunjut
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam

Cara nak buat sup ni pulak senang je. Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.
Seterusnya adalah cara nak buat nasi ayam. Dan bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras - basuh dan tos
  • Kuah sup
  • Daun pandan

Ahha! 3 bahan sahaja yang korang perlukan untuk buat nasi ayam ni! hehehe. Cara nak masak adalah masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.

Ok. Selesai nasi dengan sup. Langkah seterusnya adalah ayam. Ayam yang direbus tadi, korang lumurkan dengan kicap kemudian goreng. Kemudian boleh dipotong mengikut kesesuaian. Nak makan besar-besar macam tu pun boleh. Ikut selera masing-masing lah ye. Hehe. Kemudian! Hidangkan juga dengan salad, tomato dan timun ya!

Orait! dah siap nasi ayam! Boleh ajak kawan-kawan datang rumah makan sekali! Nanti kami akan kongsikan lagi resepi-resepi mudah dan tentunya sedap dengan semua ya! jumpa lagi! J

SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment