Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » » Selamat datang ke blog kerja nak makan jer!

Selamat datang ke blog kerja nak makan jer!

Written By kerjamakan on Friday, November 3, 2017 | November 03, 2017

nasi lemak malaysia

Selamat datang ke blog kerja nak makan jer! | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, lahirnya sebuah blog yang hanya fokus pada makanan sahaja. Sudah lama sebenarnya kami nak ada blog yang hanya fokus pada makanan & minuman sahaja. Sebelum ini kami banyak menulis di blog campur-campur, maknanya ada cerita pasal makanan, ada cerita pasal travel, ada cerita personal, pendek kata bercampur aduk dalam 1 blog! Fikir punya fikir, maka lahirlah blog ini, blog kerja nak makan jer!

Apa yang ingin kami kongsikan dengan korang dalam blog kerja nak makan jer ni?

Kalau tengok pada nama blog, rasanya semua dah tahu kan? Memang cerita pasal makan sahajalah kan? Kami akan cuba kongsikan dengan korang semua port-port makan yang best dan sedap dekat malaysia ni, insyaAllah! Daripada makanan yang disediakan di hotel hinggalah kepada gerai-gerai kecil yang baru nak bukak! Asalkan ada makanan, kami makan! Yang penting halal la kan? hehehe.

Kami juga akan kongsikan dengan korang, resepi-resepi masakan daripada yang susah! Hinggalah kepada yang paling senang! Eh! Kalau ada orang yang nak kami kongsikan resepi masak air, kami kongsikan juga, mana tahu, ada yang tak tahu nak masak air kan? Apa salahnya belajar. Hehehe.

Kami juga mengalu-alukan mana-mana rakan pembaca atau ada yang berminat nak jadi penulis dekat blog kerja nak makan jer ni. lebih banyak perkongsian, lebih banyak yang kita akan belajar dan dapat kongsikan dengan semua! Ok? hehe.

Apa pun, kami berharap korang semua akan mendapat manfaat daripada blog ini. Mungkin akan ada beberapa kelemahan yang kami tidak sedari dan kami memohon maaf awal-awal. Mana tahu kami terlepas pandang nanti, kan? Semoga korang akan rasa tenang,senang & kenyang dan peniaga-peniaga akan lebih berjaya dalam bidang masakan mereka.

See ya!

SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment