Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » » Resepi kerabu kerang

Resepi kerabu kerang

Written By kerjamakan on Friday, November 3, 2017 | November 03, 2017

Resepi kerabu kerang

sumber : google

Resepi kerabu kerang | Tak tahu macamana nak gambarkan perasaan kami ketika ingin menulis resepi kerabu kerang ni. Terliur pun ada! Sebab ternampak kerang tu macam sedang bermain-main dekat mata kami ni ha! Kami suka makan kerabu kerang yang disejukkan di dalam peti ais! Rasa macam bertambah sedapnya! Lain orang, lain citarasanya kan? hehehe. oklah! Jom! Kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kerabu kerang ni.

  • 1 kg kerang (Bersaiz besar)
  • 1 sudu makan kerisik 
  • ½ cawan santan pekat 
  • 3 biji limau kasturi (ambil air perahan limau)
  • 1 biji bawang besar (dipotong)
  • 10 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit belacan (kisarkan belacan,cili api & cili merah)
  • Garam

Cara nak buat kerabu kerang ni mudah je. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan air dan rebus kerang tersebut. Jangan lupa masukkan garam ya.

Kemudian angkat dan toskan. Kupas kulit kerang dan ambil isinya.

Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama kerang.

Bila rasa semua dah ok, makan bersama nasi panas! Wah! Sedapnya! Mudah kan? selamat mencuba. J

SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment