Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » » Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Written By kerjamakan on Friday, November 3, 2017 | November 03, 2017

 Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak peminat makan thai dekat sini? Pasti ramai kan? Dan ada tak yang suka kerabu mangga thai? Yang sebenarnya tak susah pun nak buat kerabu mangga ni memandangkan pokok mangga banyak dekat sekeliling rumah kita tak kiralah di kampung mahupun di taman. Daripada dibiarkan jatuh membusuk di tanah, apa kata kita manfaatkan buah-buahan ini dengan buat kerabu mangga mudah ala thai ni.

Orait! Jom tengok bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat Kerabu Mangga Ala Thai ni. Apa yang korang perlu sediakan adalah:

  • 2 biji mangga muda (diparut)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 2 cawan taugeh
  • 1/2 cawan ketumbar segar(dicincang)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 2 sudu besar udang kering goreng
  • 2 sudu besar kacang goreng
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • Limau
  • Cili merah


Semua bahan yang diperlukan dekat atas ni sangat-sangat mudah untuk di cari. Langkah seterusnya adalah, cara-cara nak buat Kerabu Mangga Ala Thai.

Pertama. Gaulkan mangga dengan cili padi, bunga kantan, bawang merah, udang kering, kacang, daun ketumbar dan taugeh.

Kemudian, masukkan sos ikan dan gula. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

Langkah seterusnya adalah, Perah limau dan hias dengan bunga kantan, cili merah, dan kacang.
Akhir sekali hidangkan dan makan!

Ahha! Mudah kan? Sesiapa pun boleh buat. Jadinya lepas ni memang takda lagi la alasan tak tahu nak buat. Patutlah ramai orang yang masak dan sediakan makanan yang sedap-sedap sekarang ni, sebab semuanya mudah! Semoga memberi manfaat dan hari-hari anda akan lebih indah selepas ini. Selamat mencuba!

SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment