Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » , » Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

Written By kerjamakan on Sunday, March 11, 2018 | March 11, 2018



    Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.


                Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua….
Rasanya masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari tentera darat kepada semua keluarga tentera, tak kiralah tentera darat,laut,udara dan seangkatannya. Rasa bersemangat pulak tiba-tiba kan?, hehehehe mungkin ada semangat lagi dalam diri, kenangan perjalanan hidup aku dari zaman bayi sampai lah dewasa, adalah dengan alam ketenteraan. Ayah ku seorang pesara tentera….yea…..apak aku tentera….bangga siot.
Kalau orang tanya, apak ko askar apa? dengan bangga aku jawab, apak aku komando.unit 11 RGK.berpengkalan di sungai udang Melaka. Banyak orang kata, komando tak betul. Bagi aku, kalau displin aku dengan adik beradik tak betul, memang sah, apak aku jadi kurang betul. Garang dan tegas. Itu lah apak den.
Alhamdulillah, kami adik beradik, masih jadi lagi orang.wehehehe. adik aku yang nombor dua, ikut jejak langkah abah aku. tapi askar melayu, unit semboyan. Dia kata tak berani nak tukar unit komando.dia angkat tangan. Aku? diharamkan oleh abah aku, untuk aku sertai badan uniform, dia tak bagi.kalau dia izinkan, dah lamalah rasanya, memang pekerjaan aku badan beruniform.
Kehidupan aku dari awal usia kanak-kanak, dah didedahkan dengan cara hidup survival,asas medical,asas ikatan tali,asas pengenalan bahaya, tapi tulah, yang pelik dia tak izinkan.mesti dia ada sebabkan, takut aku jadi macam lelaki agaknya. Hehehehehehe, dulu aku memang ada perangai kasar macam lelaki, tapi bukan yang tu eh. Bukan sama sekali ya.lasak jek.lain dari tu tak adanya.
Oklah, panjang sangat rasanya pengenalan ni, jom kita sambung dengan tujuan utama aku, iaitu resepi tempe goreng bersama sos kicap cili.sedap.memang sedap.kebetulan, kene rajin masak sebab anak-anak aku suka makan, gemar sangat mengatakan, ibu….lapar…., sedangkan baru berapa minit lepas makan. Anak-anak, suka makan kan. pergi dapur, bukak peti ais, nampak seikat tempe daun pisang. Ha mang iiiii, memang sedap. Plan nak buat tempe goreng crispy….., tapi telur habis da…
Maka terjadi lah tempe goreng haje….




Jom kita tengok bahan-bahannya :

5 keping tempe dibelahkan dua( untuk setiap keping )
2 sudu besar serbuk kunyit
Secubit garam halus
Minyak masak secukupnya.

    Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

    Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

    Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.

    Tempe goreng bersama sos kicap cili padi.




Method cooking nya adalah menggoreng dengan minyak yang dalam ( deep frying )
Sebelum menggoreng, kita gaulkan tempe bersama kunyit dan juga garam, perap kan untuk beberapa saat. Sementara nak tunggu berapa saat dan minyak panas tu, cucilah peralatan yang tak nak guna..hehehe

Dan mula mengoreng dengan nyalaan api yang biasa sehingga tempe tadi bertukar warna ke coklat-coklat. Bukan hangit ya.
Setelah agak garing, boleh lah angkat dan sejukkan.

Sementara tunggu sejuk, mari kita tengok cara membuat pencecah kicap cili.

bahan-bahannya adalah :

2 batang cili padi merah
1 ulas kecil bawang putih
1/3 biji limau nipis @ limau sambal
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil gula pasir
Secubit penambah rasa makanan.

Cara-cara penyediaannya :
Gorengkan seketika, cili padi dan bawang putih sehingga menampakkan sedikit layu, angkat, dan tumbukkan bersama garam, gula, dan serbuk rasa makanan. Setelah lumat, tuangkan kicap tadi kedalam lesung batu tadi, dan perahkan limau nipis @ limau sambal.kacau sehingga sebati.
Andai menginginkan rasa pencecah kicap cili ni lagi umph…simpan kan seketika dalam peti ais.
Dan boleh lah hidangkan tempe tadi bersam kicap cili ni….serius sedap.
Pencecah kicap ni, boleh makan dengan jejemput, goreng pisang,sotong bakar, ayam bakar,daging bakar, sotong goreng tepung, udang dan macam-macam lah.sedap………
Confirmlah, tak behenti makan.tengah menaip ni pun telan air liur jek, sebab terbayang.. wehehehehe…

Oklah selamat mencuba ya, masakkan imple tapi insyallah sedap.
Next, saya akan share kan sos pencecah ala-ala thai pulak. Uiii….aroi mak mak…



SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment