Kerja Nak Makan jer!
Berkongsikan pelbagai jenis masakan
dan review makanan tersedap di malaysia!!
Home » » Lempang vanilla bersama coklat sos

Lempang vanilla bersama coklat sos

Written By kerjamakan on Sunday, March 11, 2018 | March 11, 2018






Lempang vanilla bersama coklat sos


Lempang vanilla bersama coklat sos

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua….
Sekarang musim batuk,demam dan seleseme. 4 orang sekali dalam rumah aku tak sihat, en.ejoy dan 3 orang panglima-panglima tentera aku. aku tak boleh lena dengan betul, sebab risau, bila en ejoy tidur, sambil mengigau,takut demam panas jek, cepat-cepat bangun, check suhu, dan kejutkan,bila kita tanya mengigau apa? jawapanya mana ada…..aik? yang meracau tadi siapa? Tak ada jawapan…dia sambung tidur….
Baru letak kepala, yang abang menangis sebab sakit tekak, kejap lagi adiknya pulak, dan biasalah akhir sekali si kecik….
Garu kepala jugak lah kalau 4 orang sekali tak sihat, bukan apa takut terkene demam panas jek, tu yang set dalam kepala, tak boleh tidur lene, takut…demam-demam ni tak boleh ambil mudah, macam-macam boleh jadikan.
Keesokkan paginya, pagi-pagi aku bangun, bukak semua tingkap-tingkap seluas-luasnya, aku kejutkan semua bangun pagi-pagi, keluar dari rumah untuk amik udara pagi, bantal-bantal, selimut, karpet, tilam, semua aku pergi jemurkan. Spring cleaning sekejap dalam rumah tu. cari air kelapa muda.
Air kelapa kan fungsinya menyahkan segala kuman dan racun dalam badan. Dia neutral kan semula bendalir-bendalir badan. Bukan aku kata, orang tua-tua kata.aku kurang minat dengan ubat-ubat yang ada bahan kimia buatan.lebih suka dengan bahan-bahan alami.
Jadi bila semua tak sihat, nasi dan lauk-lauk yang dimasak anak-anak tak nak makan. Hilang selera nak makan.
Risau tu banyak, yela, masing-masing baru nak membesar, jadi bila aku teliti dalam bakul dekat dapur, nampak tepung, bukak peti ais nampak bar coklat dengan whipping cream.
Apa lagi….dapat la idea…..walaupun lempeng kosong, insyallah aku hentam kromo dengan sos coklat. Budak-budak tentu le melonjak minatnya.
Bermula lah aku memcipta lempeng berperisa vanilla.




Cara membuatnya :

300g tepung gandum
2 cawan air mineral
1 sudu teh asen vanilla
Secubit garam
1 sudu teh gula.

Campurkan kesemua bahan diatas, pastikan tidak terlalu pekat tepungnya.
Gunakan kuali yang tidak mudah melekat,tuangkan 1 senduk kedalam kuali tadi, dan alirkan @ ratakan dengan membulat. Terpulang la, nak nipis ke tebal.
Kalau nak tebal, tak payah alirkan @ ratakan. Kalau nak nipis, alirkan @ ratakan sehingga nipis yang kita hendak.
Balik-balik kan tepung tadi sehingga warna tepung menjadi warna yang agak peach macam tu. Dan angkat kan nya dari kuali.

Cara buat sos coklat nya pula :
( ni aku buat sekali banyak, sebab nak pakai untuk topping donut )
250g coklat bar-dipotong-potong kecil ( coklat susu)
300g whipping cream
20g butter@ mentega

Method maakkan secara double boiler.
Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk. Dibawah periuk itu, miliki air yang sedang mendidih, dan kacau sehingga coklat,butter dan whipping sebati…

Tara……dah siap, topping coklat ni, boleh siramkan pada kek, pada donut, pada jagung, pada biskut pun boleh.
Bila aku hidangkan jek, anak-anak selera makan. Lega hati, lega fikiran, sebab diaorng nak makan…..
Ibunya dah tak risau…en.ejoy ibunya kurang la nak risaukan, sebab dia makan jek apa yang ada depan mata.
Sekian perkongsian simple dari saya, saya suka main hentam baram untuk masakkan, janji sedap, and kenyang.
Selamat mencuba semua…. Jangan lupa amalkan air bali ya, supaya badan maintain sihat. minuman Sunnah.


SHARE

About kerjamakan

0 comments :

Post a Comment